TAGLINE

UNGGUL SEPANJANG ZAMAN

Monday, 27 February 2012

SEJARAH SEKOLAH


NAMA SEKOLAH :

Masa awal di buka    :   SEKOLAH MELAYU SERI TELOK
Peringkat kedua        : SEKOLAH UMUM SERI TELOK
Sekarang                  : SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TELOK


MENGAPA DIBERI NAMA SK SERI TELOK:
Kampung Parit Yaani ketika mula-mula dibuka dahulu dinamakan Kampung Seri Telok kerana kuala Sungai Simpang Kanan berbentuk seperti sebuah telok. Sekolah ini terletak di dalam kampung Seri Telok dan adalah diharapkan nama Seri Telok ini tidak luput daripada ingatan kita.


PENGASAS SEKOLAH
  • Diasaskan oleh Encik Mohd Sharif bin Ahmad pada tahun 1946
  • Bangunan awal sekolah – Lot 1391 – dengan keluasan QA3R.34.9P yag diwakafkan oleh beliau. Bangunan beratap nipah berlantaikan tanah. Ia dibina secara  gotong-royong. Jumlah murid 20 orang dan seorang guru iaitu En. Mohd sharif sendiri.



PERASMIAN SEKOLAH:
Sekolah ini telah telah dirasmikan pada 5 April 1947 oleh Nazir Sekolah Melayu  Batu Pahat iaitu Datuk Syed Esa b Alwee.




PEMBINAAN BANGUNAN SEKOLAH:
  • 1950 – 3 bidang tanah seluas 4E01R15.2P telah dibeli hasil muafakat, sumbangan dan derma penduduk kampung. En. Sahid bin Hasan dilantik sebagai guru besar.
  • 1960 – Bangunan kayu dibina secara gotong-royong.Bangunan separuh kekal JKR967 dibina oleh kerajaan.
  • 1969 – sebuah bangunan separuh kekal JKR1059  dan kantin JKR1108  dibina tetapi bekalan elektrik belum diterima.
  • 1987 – sebuah bangunan 3 tingkat JKR2061 dan sebuah kantin JKR2062 telah dibina dan diduduki pada 1988. 
  • 1999 – bangunan 6 unit tandas dibina hasil projek gotong-royong sumbangan YB ADUN Pt. Yaani dengan kerjasama PIBG.
  • 2002 – Bangunan 4 tingkat JKR BP2457 (P) siap dibina di atas lot 1391 bernilai 2.3 juta. Turut dibina ialah Rumah Pam penggalak dan Pencegah Kebakaran JKR BP2488(P) serta Balai Pengawal JKRBP2564 (P).
  • 20.9.2003 – pihak sekolah menerima penyerahan bangunan 4 tingkat ini.
  • 1.1.2004 – Bangunan 4 tingkat mula diduduki.
  • 15.5.2009 – Pembinaan Bangunan Gantian 4 tingkat di bawah RMK 9 -  Pakej Rangsangan Kedua bermula menggantikan Blok B bangunan separuh batu. Bangunan ini  siap pada November 2010. Diserahkan kepada sekolah pada Januari 2011
  • 1.2.2011 - Mula diduduki dan digunakan.


No comments:

Post a Comment