TAGLINE

UNGGUL SEPANJANG ZAMAN

Monday, 27 February 2012

LIRIK LAGU SK SERI TELOK

Sekolah Kebangsaan Seri Telok
Tunggak harapan kami semua
Di sini tempatnya menuntut ilmu
Penyuluh sepanjang waktu

Dengan tekad maju jaya
Pasti akan kami buktikan
Tekun belajar mahupun bersukan
Untuk mencapai cita-cita

Hormati  guru dan ibu bapa
Sayangi rakan semua
Berbudi bahasa, bertimbang rasa
Itu yang paling utama

Pengetahuan suluh kemajuan
Itulah cita kita semua
Berbekal semangat dan keyakinan
Pasti bersinar masa depan.

BENDERA SEKOLAH



MAKSUD 


  1. Lencana sekolah yang terletak di tengah-tengah bendera melambangkan Identiti sekolah – SK SERI TELOK
  2. Warna Hijau pada lencana melambangkan kedamaian serta warna koprat Sekolah.
  3. Warna kuning pada keseluruhan bendera melambangkan kesetiaan kepada raja dan negara .


LENCANA SEKOLAH






OBOR                  -   Semangat yang kuat dan berkobar untuk mencapai kejayaan


RODA                  -   Dalam mengejar cita-cita adakalanya kita ke atas dan adakanya kita ke bawah
BUKU                  -   Sekolah itu tempat menuntut ilmu
BUNGA RAYA   -   Melambangkan bunga kebangsaan
WARNA HIJAU -   Melambangkan kedamaian
WARNA PUTIH -   Kesucian dan kemurnian hati guru mendidik anak bangsa


Cogan kata:              

"PENGETAHUAN SULUH KEMAJUAN" 

Sesungguhnya ilmu pengetahuan membolehkan seseorang mencapai kejayaan dan kemajuan diri, masyarakat dan negara.

                                                                

PIAGAM PELANGGAN

KAMI WARGA SK SERI TELOK, BATU PAHAT KOMITED UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG TERBAIK SERTA LAYANAN YANG BERKUALITI KEPADA PELANGGAN KAMI SEPERTI BERIKUT:
KEPADA MURID-MURID:
  • Setiap murid berhak mendapat tempat belajar yang sesuai, ceria dan kondusif sebaik-baik mendaftar di sekolah ini.
  • Setiap murid mendapat pendidikan yang berkualiti mengikut kehendak FPK.
  • Setiap orang murid dijamin keselamatannya di dalam kawasan sekolah ini.

KEPADA STAF:
  • Setiap staf akan menikmati kepuasan  kerja.
  • Setiap staf akan mendapat maklumat terkini.
  • Setiap staf akan diberi galakan mempertingkatkan potensi diri.
  • Setiap staf akan merasa selesa dan gembira.

KEPADA IBU BAPA:
  • Segala masalah disiplin yang timbul akan diambil tindakan segera.
  • Mendapat layanan mesra adil dan saksama semasa berada di sekolah.
  • Setiap aduan akan dilayan serta merta.
  • Urusan pertukaran murid akan diselesaikan dalam masa 3 hari.
KEPADA STAKEHOLDER:
  • Menjawab surat tidak lebih dari tarikh yang ditetapkan.
  • Memastikan setiap arahan dan permohonan dari PPD/JPNJ/KPM mendapat tindakan dalam masa 3 hari.
  • Menjawab aduan jika ada dalam masa satu hari.

SEJARAH SEKOLAH


NAMA SEKOLAH :

Masa awal di buka    :   SEKOLAH MELAYU SERI TELOK
Peringkat kedua        : SEKOLAH UMUM SERI TELOK
Sekarang                  : SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TELOK


MENGAPA DIBERI NAMA SK SERI TELOK:
Kampung Parit Yaani ketika mula-mula dibuka dahulu dinamakan Kampung Seri Telok kerana kuala Sungai Simpang Kanan berbentuk seperti sebuah telok. Sekolah ini terletak di dalam kampung Seri Telok dan adalah diharapkan nama Seri Telok ini tidak luput daripada ingatan kita.


PENGASAS SEKOLAH
  • Diasaskan oleh Encik Mohd Sharif bin Ahmad pada tahun 1946
  • Bangunan awal sekolah – Lot 1391 – dengan keluasan QA3R.34.9P yag diwakafkan oleh beliau. Bangunan beratap nipah berlantaikan tanah. Ia dibina secara  gotong-royong. Jumlah murid 20 orang dan seorang guru iaitu En. Mohd sharif sendiri.



PERASMIAN SEKOLAH:
Sekolah ini telah telah dirasmikan pada 5 April 1947 oleh Nazir Sekolah Melayu  Batu Pahat iaitu Datuk Syed Esa b Alwee.




PEMBINAAN BANGUNAN SEKOLAH:
  • 1950 – 3 bidang tanah seluas 4E01R15.2P telah dibeli hasil muafakat, sumbangan dan derma penduduk kampung. En. Sahid bin Hasan dilantik sebagai guru besar.
  • 1960 – Bangunan kayu dibina secara gotong-royong.Bangunan separuh kekal JKR967 dibina oleh kerajaan.
  • 1969 – sebuah bangunan separuh kekal JKR1059  dan kantin JKR1108  dibina tetapi bekalan elektrik belum diterima.
  • 1987 – sebuah bangunan 3 tingkat JKR2061 dan sebuah kantin JKR2062 telah dibina dan diduduki pada 1988. 
  • 1999 – bangunan 6 unit tandas dibina hasil projek gotong-royong sumbangan YB ADUN Pt. Yaani dengan kerjasama PIBG.
  • 2002 – Bangunan 4 tingkat JKR BP2457 (P) siap dibina di atas lot 1391 bernilai 2.3 juta. Turut dibina ialah Rumah Pam penggalak dan Pencegah Kebakaran JKR BP2488(P) serta Balai Pengawal JKRBP2564 (P).
  • 20.9.2003 – pihak sekolah menerima penyerahan bangunan 4 tingkat ini.
  • 1.1.2004 – Bangunan 4 tingkat mula diduduki.
  • 15.5.2009 – Pembinaan Bangunan Gantian 4 tingkat di bawah RMK 9 -  Pakej Rangsangan Kedua bermula menggantikan Blok B bangunan separuh batu. Bangunan ini  siap pada November 2010. Diserahkan kepada sekolah pada Januari 2011
  • 1.2.2011 - Mula diduduki dan digunakan.


MAKLUMAT ASAS SEKOLAH


NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH
SK.SERI TELOK
PARIT YAANI, 83710 YONG PENG
BATU PAHAT, JOHOR
PKG
PKG YONG PENG
Kod Sekolah
JBA0032
Tarikh Ditubuhkan
01 Jan 1946
Nama Guru Besar
PN HJH HADIJAH BT AHMAD
Gred Sekolah
A
Kategori
Sekolah Rendah Luar Bandar
Telefon
07-4846617
Faks
07-4846617
E-mail
URL
URL PSS
pss2010.wordpress.com
Status PSS
Bilik Khas
Bil. Pusat Akses/ CC
3
Bil. Mak. Komputer
2
Bilangan Kelas
18
Kelas Prasekolah
2
Kelas P. Khas
4

Bil Murid
Lelaki
298
Perempuan
302
JUMLAH
600
Bil Guru
51
Bil. Staf Sokongan
9
Bil. Pekerja swasta
6
Peng. Keselamatan
2

HARI – HARI KELEPASAN AM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM TAHUN 2012



BIL
HARI KELEPASAN AM
TARIKH

1.        
Tahun Baru Cina
23 Januari
24 Januari


2.        
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul)
5 Februari

3.        
Hari Thaipusam **
7 Februari

4.        
Hari Pekerja
1 Mei

5.        
Hari Wesak
5 Mei

6.        
Hari Keputeraan Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
2 Jun

7.        
Awal Ramadhan *
21 Julai

8.        
Hari Raya Puasa *
19 Ogos
20 Ogos


9.        
Hari Kebangsaan
31 Ogos

10.          
Hari Malaysia
16 September

11.          
Hari Raya Haji
(Hari Raya Qurban) 1432h*
26 Oktober

12.          
Hari Deepavali *
13 November

13.          
Awal Muharam
(Maal Hijrah) 1434h
15 November

14.          
Hari Keputeraan D.Y.M.M Sultan Johor **
22 November

15.          
Hol Almarhum Sultan Iskandar **
20 Disember

16.          
Hari Krismas
25 Disember



      Catatan
                    * Tertakluk kepada pindaan
                 ** Hari Kelepasan Am Negeri

      Peringatan
      Apabila hari kelepasan itu jatuh pada hari kelepasan Mingguan , maka hari tersebut
      digantikan dengan hari keesoknya dan jika hari yang kemudiannya itu pula sedia   
      menjadi  hari kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan hari kelepasan am.